Amaran angin kencang, laut bergelora - Utusan Malaysia

Amaran angin kencang, laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 3.5 meter (m) di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini hingga esok (Selasa).

MET Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora tersebut adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi serta sukan laut.

Agensi itu juga mengeluarkan amaran kategori kedua bagi aktiviti perkapalan ekoran angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5m di kawasan perairan Phuket dan Samui, dalam tempoh yang sama.

Keadaan angin kencang serta laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuklah menangkap  ikan dan perkhidmatan feri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN