KUALA LUMPUR 27 Jun – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Amar Singh hadir bagi memaklumkan mengenai perkembangan siasatan kes 1MDB. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai pertemuan tersebut. “Kami hanya berbincang mengenai perkembangan kes 1MDB antaranya berkaitan aktiviti dan…










