JAKARTA 22 Jun – Ketua kumpulan militan Aman Abdurrahman dihukum mati hari ini atas kesalahan merancang serangan bunuh diri di kafe Starbucks di sini pada 2016. Tertuduh yang mempunyai hubungan dengan pengganas Daesh dikawal ketat pihak polis semasa keputusan dibaca di mahkamah di sini. Mahkamah sebelum ini telah mendapati Aman bersalah atas tuduhan merancang serangan berkenaan yang menyebabkan seramai empat orang terbunuh. – AFP










