BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Bukit Kayu Hitam merampas 10 pucuk pistol dan selaras senapang tiruan dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 1.1 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, rampasan itu dilakukan selepas Aksem Bukit Kayu Hitam menahan sebuah kenderaan pancuan empat roda jenis Ford Ranger warna hitam yang dinaiki dua lelaki masing-masing berumur 29 dan 25 tahun. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, senjata api tiruan tersebut ditemui di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya