KUALA NERUS – Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengesahkan akaun milik mereka masih lagi aktif dan tidak dibekukan seperti yang berlaku terhadap UMNO Pusat dan Selangor. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, setakat ini tiada sebarang panggilan diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun pihak bank berkait isu pembekuan. “Sepanjang saya menjadi pengerusi badan perhubungan, kita tidak ada terlibat dengan apa-apa selain sumber bantuan daripada UMNO Pusat. “Kita…