KUALA TERENGGANU 30 Jun – Badan Perhubungan UMNO negeri mengesahkan akaun miliknya masih lagi aktif dan belum lagi dibekukan sebagaimana yang berlaku kepada UMNO Pusat dan Selangor. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun bank yang menyatakan akaun itu akan dibekukan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan parti itu. “Sepanjang saya menjadi pengerusi,…