AirAsia tambah penerbangan Kota Kinabalu-Singapura - Utusan Malaysia

AirAsia tambah penerbangan Kota Kinabalu-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jun – AirAsia akan menggandakan jumlah pe­nerbangan antara Kota Kinabalu dan Singapura kepada 14 penerba­ngan mingguan bermula 1 Ogos ini.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, AirAsia kini akan mengendalikan perkhidmatan sebanyak dua kali sehari dari Kota Kinabalu ke Singapura.

Kekerapan penerbangan tambahan tersebut dijangka memacu hubungan udara antara kedua-dua bandar tersebut selari de­ngan komitmen AirAsia untuk merapatkan jurang di ASEAN.

“Peningkatan penerbangan ini membolehkan kami menawarkan lebih banyak pilihan kepada tetamu kami sama ada yang me­lancong untuk perniagaan atau percutian,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Untuk meraikan penambahan penerbangan tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang terma­suk semua daripada RM148 sehala dari Kota Kinabalu ke Singapura.

Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia mulai sekarang hingga 23 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 31 Januari 2019.

AirAsia kini menghubungkan lapan laluan domestik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sandakan dan Tawau.

Syarikat penerbangan itu juga menghubungkan sembilan laluan antarabangsa dari Kota Kinabalu ke Singapura, Hong Kong, Manila, Taipei, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Shenzhen dan laluan te­rus terbaharu ke Bangkok bermula 16 Ogos 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN