Lebaran yang manis turut dikongsi pelakon cantik, Ummi Nazeera, 28. Seperti mana-mana pasangan suami isteri, Syawal menjadi momen terindah diraikan bersama pasangan. Bukan itu sahaja, Aidilfitri kali ini tambah berlainan berbanding tahun sebelumnya selepas Ummi disahkan hamil cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama suami, Mohd. Izzar Anwari Abd. Khani (Izzar), 30. Ummi atau nama lengkapnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin memberitahu, mereka menyambut Syawal kali pertama sebagai suami isteri…









