BAGAN SERAI – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengumumkan telah keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini. Pengumuman tersebut turut menyaksikan Noor Azmi mengisytiharkan bahawa beliau menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Jelasnya, setakat ini, beliau menjadi wakil rakyat bebas dan dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau berkata, pengumuman itu merupakan satu keputusan yang bermakna dan bersejarah buat dirinya dan rakyat Bagan Serai yang diwakilinya di Dewan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya