MELAKA 26 Jun – Kerajaan negeri mengarahkan semua agensi dan jabatan berkaitan dengan pertanian, pembangunan usahawan dan industri asas tani supaya menyediakan laporan kewangan masing-masing sepanjang di pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk diteliti. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, beliau telah mengarahkan semua agensi di bawah portfolionya itu supaya menyerahkan laporan tersebut segera untuk disemak bagi memastikan ketelusan serta tiada unsur…










