BALING 30 Jun – Saat akhir penarikan diri calon yang bertanding Ketua Bahagian UMNO memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada penyandangnya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Calon Ketua UMNO Bahagian, Syamsuddinnor Shaari, 44, berkata, penarikan dirinya di saat-saat akhir bukan atas desakan ataupun hasutan daripada mana-mana pihak. “Setelah mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sejak beberapa hari lalu sama ada untuk meneruskan atau tidak, di saat-saat genting ini, saya sendiri mengambil keputusan menarik…