80 anak yatim ceria dibawa beli kasut raya - Utusan Malaysia

80 anak yatim ceria dibawa beli kasut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 9 Jun – Seramai 80 anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul ceria apabila mereka berpeluang memilih sendiri kasut raya untuk dipakai pada pagi Syawal.

Kegembiraan jelas tergambar di wajah mereka sebaik sahaja tiba di Kedai Step Bandar Tun Razak Jengka di sini untuk memilih kasut raya yang diinginkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, para penerima sumbangan itu terdiri daripada anak yatim yang berusia 12 tahun ke bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kasut baharu adalah keperluan bagi kanak-kanak kerana ia sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka untuk menggayakannya pada hari raya.

“Saya sendiri semasa kanak-kanak sangat teruja mendapat kasut baharu dibelikan ayah menjelang hari raya,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini