KUALA LUMPUR 17 Jun – Seramai tujuh orang mengemukakan borang pencalonan bagi bertanding jawatan Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO 2018 yang dijadual berlangsung 30 Jun ini. Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membuat pengumuman tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama calon tersebut. “Nama-nama calon akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor selepas saringan dilakukan,” kata Ab. Rauf dalam sidang akbar sebentar tadi. Sehingga hari ini seramai empat orang telah mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut termasuk Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya