6 peranan perkasa industri tenaga - Utusan Malaysia

6 peranan perkasa industri tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI tenaga global berdepan dengan kekurangan tenaga mahir seiring dengan perkembangan industri daripada aspek inovasi, pengenalan teknologi baharu dan peluang-peluang tranformatif.

Menurut laporan Indeks Bakat Tenaga Global (GETI) 2017, seba­nyak 83 peratus pengurus sumber manusia di dalam industri tenaga global yang dikaji selidik, percaya mereka berdepan dengan kekurangan tenaga mahir yang diperlukan.

Keadaan ini menimbulkan persoalan, di sebalik teknologi inovatif yang wujud, apakah industri berkeyakinan terhadap kemunculan bakat dan tenaga mahir yang diperlukan bagi memastikan kejayaan di masa hadapan.

“Jadi apakah realiti landskap industri tenaga hari ini, bagaimana hendak membina bakat untuk masa hadapan dan apakah peranan penting dalam membentuk asas kepada masa hadapan industri?

“Terdapat enam peranan dikenal pasti yang akan memperkasa masa hadapan industri tenaga seperti disenaraikan di bawah ini,” menurut pemerhatian laman web Energy Watch (energywatch.com.my).

Arkitek Kecerdasan Buatan (AI)

Bakat untuk menyerap dan menjalankan teknologi ‘pintar’ diperlukan untuk menyokong tenaga mahir ‘tradisional’ industri yang penting. Peranan baharu seperti jurulatih mesin mengajar bagaimana sistem AI beroperasi, misalnya ‘jurulatih empati’ me­ngajar sistem AI meniru rasa belas kasihan. Ini adalah berguna dalam penciptaan teknologi se­perti Siri untuk Apple dan Alexa untuk Amazon, yang memboleh­kan mesin menjawab soalan manusia secara mendalam dan simpati.

Di dalam industri tenaga, teknologi AI boleh membantu menyerap bilangan maklumat yang besar untuk membawa kecekapan lebih baik dan kestabilan kepada syarikat utiliti. Pengguna sistem AI juga membantu mengelakkan kegagalan peralatan – ‘grid autonomi’ adalah benda besar akan datang apabila grid boleh memberi maklum balas terhadap kejadian besar secara sendirian.

Penganalisis keselamatan siber

Melindungi keselamatan dan integriti data adalah penting bagi perniagaan dan organisasi. Profesional keselamatan siber berkemahiran tinggi akan mendapat permintaan tinggi seiring dengan pertumbuhan bandar pintar. Para profesional ini akan memantau rangkaian komputer, menyediakan khidmat juruperunding dan membangunkan teknologi keselamatan untuk melindungi maklumat sensitif dan data proprietari daripada penjenayaj siber. Peranan mereka melangkaui pelbagai industri, dari firma gergasi teknologi, firma insurans dan bank sehinggalah jabatan kerajaan.

Pekerja Tenaga Diperbaharui

Kuasa angin dan tenaga solar adalah antara industri hijau pa­ling pesat pertumbuhannya. Akan wujud pertambahan permintaan bagi juruteknik yang boleh memasang sistem kuasa angin dan solar. Industri hijau juga memerlukan tugas untuk mengilang, memasang dan me­nyenggara teknologinya – misalnya panel silar dan turbin angin.

Tenaga pasukan RE di seluruh dunia mencecah 10 juta orang pada 2016, dan menjelang 2030, diramalkan 24 juta akan bekerja di dalam sektor tenaga diperbaharui. Pertumbuhan itu mewakili peluang besar bagi bakat masa hadapan di dalam industri ini.

Jurutera IoT ‘Pintar’

Internat Benda-benda (IoT) adalah paling di hadapan dalam memacu masa hadapan revolusi disambungkan. Sebagaimana IoT berkembang, peranti konsumer seperti panel solar atas bumbung yang disambungkan dengan thermostat pintar akan menjadi lebih terhubung, membolehkan pengguna membaca maklumat de­ngan mudah. Jurutera dilatih untuk berinteraksi dan memahami sistem-sistem ini akan membentuk asas kepada rangkaian tenaga yang lebih cekap dan dipacu data.

Teknologi ‘pintar’ seum­pamanya yang telah diguna pakai oleh pengguna ialah inovasi se­perti cermin mata pintar dan realiti augmented (AR). Yang menariknya, kedua-dua teknologi itu dijangka membantu jurutera dalam melaksanakan tugas. Jurutera boleh membayangkan reka bentuk dan dibimbing oleh arahan dari cermin mata pintar semasa melakukan kerja mereka.

Pakar Kelestarian

Peranan kelestarian semakin penting di dalam industri tenaga. Istilah ini meliputi fungsi yang luas, dari pemuliharaan tenaga dan kelestarian hinggalah analisis rantaian pembekalan.

Profesional kelestarian disifatkan sebagai satu daripada pekerjaan paling pesat pertumbuhannya di dalam sektor tenaga. Peranan penting seperti Juruperunding Kelestarian dan Penganalisis Kelestarian akan membentuk asas kepada sektor yang pesat tumbuh ini. Jawatan-jawatan ini memberikan kerangka kerja bagi industri yang mengiktiraf bukan sahaja keperluan untuk amalan lebih lesteri, tetapi juga kepen­tingan untuk berupaya melaksana dan menjuarai amalan tersebut.

Saintis dan Penganalisis Data

Saintis Data membolehkan sistem yang mengumpul dan menghantar penelitian data dan pada masa sama, memberi peluang untuk memanipulasi dan menyediakan data tersebut secara maklumat yang boleh diambil tindakan. Penganalisis Data akan bekerjasama dengan Saintis Data untuk menganalisis dan menawarkan pandangan daripada data itu. Profesional digital mahir ini akan membentuk bahagian teras syarikat tenaga moden yang cekap.

Analitik data adalah elemen genting bagi transformasi sektor tenaga, namun 44 peratus daripada eksekutif tenaga masih melihat menyumber tenaga mahir dan bakat sebagai cabaran yang perlu dihadapi. Dalam hal ini, jurang bakat yang wujud membuka peluang bagi yang mahu mendakap pengetahuan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN