PAPAR – Seramai 35 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di dalam enam buah rumah di Kampung Ovai dekat sini akibat banjir kilat berjaya diselamatkan pasukan penyelamat awal pagi tadi. Dalam kejadian lebih kurang pukul 10 malam itu, difahamkan sebuah inap desa turut hanyut dek arus deras tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, hujan lebat berterusan sejak petang semalam telah…










