GERIK 19 Jun – Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri ke kiri jalan sekali gus memasuki longkang apabila melalui kawasan menuruni bukit dan selekoh di Kilometer 24, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, bas dinaiki 32 individu termasuk dua pemandu serta seorang bayi itu sedang dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa…










