PUTRAJAYA – Sebanyak 26 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Sekretariat NGO Pendaulat Islam (SENDI) serta Pakatan Ekonomi dan Dakwah NGO (PACK-ECDAH) menghantar memorandum bagi mempertahankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Menurut Presiden Persatuan Usahawan Dan Pengurusan Islam Malaysia (Uruskop), Datuk Seri Dr. Mustapa Kamal Maulut, gabungan NGO tersebut berasa kurang selesa terhadap isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu yang menyentuh tentang…










