PUTRAJAYA – Seramai 11,057 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2018 dari 25 hingga 27 Jun ini. Menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 213 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 1,649 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik, menurut kenyataan itu. “Semua calon diingatkan supaya merujuk jadual peperiksaan untuk…










