Zii Jia tenang pastikan kemenangan Malaysia - Utusan Malaysia

Zii Jia tenang pastikan kemenangan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 21 Mei – Beraksi buat kali pertama di pentas Piala Thomas tidak langsung meresahkan Lee Zii Jia apabila dia beraksi baik ketika menewaskan Sergey Sirant dari Rusia untuk memberi mata kemenangan buat Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, sebentar tadi.

Zii Jia, 20, yang turun sebagai perseorangan kedua mengambil masa 35 minit untuk mengalahkan Sirant 21-13, 21-16.

Walaupun sudah mengesahkan kemenangan dengan mendahului 3-0, namun Malaysia masih perlu melengkapkan dua lagi perlawanan iaitu beregu lelaki serta perseorangan ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya bermain baik hari ini dan berpuas hati dengan persembahan saya dalam penampilan pertama pada Piala Thomas.

Saya fikir selepas bermain dalam aksi kelayakan di Kedah (Februari) , keyakinan saya telah meningkat dan ini membantu saya menangani tekanan dengan baik.

Harap kami dapat meneruskan permainan baik apabila bertemu Algeria untuk mendapat keyakinan sebelum bertemu Denmark,” kata Zii Jia ketika ditemui sejurus tamat perlawanan di Arena Impact hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini