KUALA LUMPUR 20 Mei – Seorang lelaki warga emas ditemukan selamat hari ini selepas dilaporkan sesat di Kampung Kemensah, Ulu Klang, dekat sini sejak petang semalam. Mangsa, Jangjit Singh, 60, bersama kira-kira 30 ahli kumpulannya memasuki kawasan tersebut untuk melakukan aktiviti berkumpulan sebelum disedari hilang pada pukul 6.40 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.35 pagi ini selepas usaha kumpulan tersebut mencari mangsa gagal. Menurutnya, hasil maklumat, sebanyak 110 anggota daripada gabungan pihak bomba,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya