SEBERANG PERAI – Biarpun baru sembilan hari melahirkan anak, seorang wanita sanggup memandu sendiri keretanya dari rumah di Taman Sepadu menuju ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Chee, Tasek Gelugor di sini pagi tadi. Jurujual, Tan Kwok Chai, 37, yang melahirkan anak keenam menerusi pembedahan berkata, dia sanggup mengetepikan kesakitan kerana beranggapan undinya bakal mencorak masa depan negara. “Peluang ini hanya tiba lima tahun sekali. Walaupun sedang sakit kerana…