[VIDEO]Klinik al-Fatihah Rapid KL kembali sempena Ramadan - Utusan Malaysia

[VIDEO]Klinik al-Fatihah Rapid KL kembali sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Rapid KL sekali lagi menganjurkan klinik al-Fatihah bagi orang ramai memantapkan bacaan surah itu di ruang legar utama stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sepanjang Ramadan ini.

Klinik itu dikendalikan bersama antara pihak pengurusan Masjid Jamek dan pelajar tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baharu.

Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah dalam kenyataan berkata, program yang pernah diadakan pada Ramadan tahun lepas itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai dalam kalangan kita mahu memantapkan lagi bacaan al-Fatihah kerana ia adalah surah yang penting dan merupakan rukun dalam solat. Kami di Rapid KL amat berbesar hati untuk memberi sumbangan ini,” katanya.

Klinik al-Fatihah dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat, iaitu bermula 2 hingga 4 petang pada Isnin hingga Khamis dan 11 pagi hingga 6.30 petang pada hujung minggu.

Terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur, stesen LRT Masjid Jamek merupakan stesen integrasi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling serta merupakan antara stesen LRT paling sibuk. – UTUSAN ONLINE

Video oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini