[VIDEO] #UMenangsakan: Aminurzaliah tak sabar nak pandu kereta baharu di Hari Raya - Utusan Malaysia

[VIDEO] #UMenangsakan: Aminurzaliah tak sabar nak pandu kereta baharu di Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu yang berlaku kepada seorang suri rumah, Aminurzaliah Abdullah Thani, 41, apabila dia memandu pulang kereta Proton Iriz baharu hari ini setelah muncul sebagai pemenang #UMenangsakan Siri C anjuran akhbar Utusan Malaysia.

Aminurzaliah yang menetap di Kampar, Perak, berkata, dia begitu teruja kerana sudah lama menunggu peluang sebegini dan tidak menyangka yang dirinya cukup bertuah.

“Anak-anak sudah tunggu di rumah untuk menaiki kereta yang baharu dimenangi ini.

“Sebelum ini, saya memang sudah ada kereta tetapi bukanlah kereta baharu. Ini merupakan kereta baharu pertama saya,” katanya.

Aminurzaliah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunci Proton Iriz yang diserahkan oleh Ketua Jualan Digital dan Majalah Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Ludfi Mohamed di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Selain hadiah utama Proton Iriz, tiga lagi pemenang menerima hadiah televisyen Pensonic 40 inci, tiga unit telefon pintar dan 25 utas jam tangan Ice Watch.

Bagi peraduan #UMenangsakan Siri C – Edisi Ketiga (Edisi Akhir) dan bonanza, sebanyak 6,000 penyertaan diterima dalam penganjuran bermula pada 1 Oktober 2017 hingga 31 Mac lalu.

Pemenang peraduan merupakan mereka yang berjaya menghasilkan objek dan replika dalam pelbagai saiz, bentuk dan konsep yang berasaskan penggunaan 70 keratan kepala akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN