KUALA LUMPUR 14 Mei- Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil kira kemampuan rakyat untuk memenuhi keperluan asas terutamanya soal harga rumah yang melambung tinggi ketika ini.
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, kebanyakan harga rumah yang mahal dan tidak terjual menunjukkan seolah-olah kepentingan rakyat tidak benar-benar diutamakan.
Sebab itu katanya, kerajaan bertanggungjawab meneliti semula isu ini supaya nasib rakyat terus terbela.
“Kita tidak banyak meneliti kepentingan rakyat, berapa ramai yang mampu beli rumah serta rumah kedai, siapa yang mampu beli rumah di Johor dan tempat-tempat lain.
“Hal ini mesti dibangkitkan semula supaya ada kepentingan yang jelas terhadap penduduk tanah air,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Persidangan Antarabangsa Hubungan Tamadun Melayu-Tamadun China di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE










