Unit AZRB peroleh kontrak pembinaan bernilai RM197.96 juta - Utusan Malaysia

Unit AZRB peroleh kontrak pembinaan bernilai RM197.96 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Anak syarikat milik penuh Ahmad Zaki Resources Bhd. (AZRB), Ahmad Zaki Sdn. Bhd., memperolehi kontrak bernilai RM197.96 juta daripada PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.


AZRB
 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, AZRB berkata kontrak itu adalah bagi projek pembinaan di Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium (Victoria Institutions) dan Terowong Chinwoo, jejambat dan laluan pusingan ‘u’ bertingkat, jambatan pejalan kaki, peletakkan semula utiliti sedia ada, menaik taraf dan menambah baik permukaan jalan dan kerja-kerja berkaitan dalam Daerah Kuala Lumpur Bandar.

Syarikat itu berkata kontrak tersebut yang akan bermula 21 Mei ini dijangka siap dalam tempoh 883 hari mengikuti kalendar sekali gus menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan AZRB. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×