KUALA LUMPUR 11 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan pihaknya telah menerima arahan untuk membenarkan pelajar bukan Bumiputera menyambung pengajian di dalam institusi tersebut. Sambil menyelar penyebaran berita palsu tersebut, Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Hassan Said menegaskan, UiTM akan terus memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak akan mengubah dasar-dasar yang dilaksanakan sebelum ini. “Ini berita palsu dan tiada apa-apa perubahan dalam dasar UiTM malah kita juga tidak…










