MELAKA 30 Mei – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob malam ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja dan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di Masjid Sayyidina Abu Bakar kampus induk universiti itu di sini. Program tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Mohd. Khalil yang merupakan Canselor Utem dengan warga kerja universiti itu. Majlis bermula pukul 6.30 petang dengan ketibaan pegawai pengurusan Utem,…











