PUTRAJAYA – Perdana Menteri ,Tun Dr. Mahathir Mohamad memasuki Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memulakan tugas secara rasmi dari Perdana Putra di sini. Tun Mahathir sebelum ini beroperasi di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, sejak kembali menerajui kembali tampuk pemerintahan negara setelah Pakatan Harapan yang dipimpinnya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu. Beliau yang memakai sut hitam tiba pada kira-kira pukul 8.25 pagi di lobi Perdana Putra dengan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohd. Zuki Ali. Tun Mahathir kemudian disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dan diikuti bacaan doa sebelum memasuki pejabatnya. Beliau juga menandatangani surat memulakan tugas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya