KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa mempercepatkan penubuhan Kabinet bagi membolehkan pentadbiran negara dapat bergerak seperti biasa. Ahli Unit Komunikasi Ibu Pejabat UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (gambar) ketika membuat gesaan tersebut berkata, rakyat di seluruh negara resah dan gelisah kerana selepas seminggu Pilihan Raya Umum ke-14 selesai, pembentukan Kabinet masih belum nampak bayangannya. “Setakat ini banyak pengumuman dasar dan hala tuju kerajaan diumumkan oleh…








