TAWAU – Seorang pemotong rumput warganegara Indonesia terbunuh dipercayai ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam di belakang tandas awam dekat Taman Awam Muhibbah, Jalan Utara di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, mangsa, Sarif Pance berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di bahagian depan badan. Mangsa disyaki ditikam oleh seorang pengawal keselamatan berusia 49 tahun dengan sebilah pisau sepanjang 25 sentimeter. Ketua…










