KUALA LUMPUR 16 Mei – Keprihatinan seorang remaja terhadap galakan menderma darah mendorongnya untuk melaksanakan Kempen Darah Untuk Barah yang dianjurkan menerusi kerjasama beberapa pertubuhan lain bagi meningkatkan kesedaran mengenai pendermaan darah dalam kalangan masyarakat. Pengurus Projek Inisiatif Aria, Tengku Sofiyya Ahmad, 17, berkata, kempen di bawah kelolaan CSR Malaysia ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang amalan mulia derma darah dalam kalangan belia dan syarikat korporat sekali gus membantu Pusat…










