Tiga menteri kanan diumum - Utusan Malaysia

Tiga menteri kanan diumum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan barisan awal tiga menteri kanan Kabinet Pakatan Harapan (PH) yang masing-masing akan menerajui Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri semalam.

Beliau melantik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 58, sebagai Menteri Kewa­ngan; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, 64, sebagai Menteri Pertahanan manakala Pre­siden Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 71, sebagai Menteri Dalam Negeri.

Dr. Mahathir berkata, Maj­lis Penasihat Kerajaan yang dianggotai lima tokoh terbilang iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Hassan Marican; tokoh perniagaan, Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi, Prof. Dr. Jomo Wame Sundaram turut ditubuhkan.

“Banyak benda yang berlaku di Kementerian Kewa­ngan dan Kementerian Pertahanan. Kita perlu mereka menumpukan hal kewangan dan pertahanan dahulu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×