Tiada acara angkat sumpah perdana menteri baharu hari ini - Istana Negara - Utusan Malaysia

Tiada acara angkat sumpah perdana menteri baharu hari ini – Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Tiada upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan di Istana Negara hari ini.

Sumber daripada Istana Negara memberitahu Bernama upacara itu tidak akan diadakan pada hari ini seperti yang ditular di media sosial.

Beliau berkata pihak Istana Negara akan memaklumkan sekiranya sudah memperoleh maklumat terkini mengenai majlis berkenaan.

pintu istana
Jalan masuk ke Istana Negara ditutup.

“Memang hari ini belum ada majlis mengangkat sumpah lagi. Jika ada info selepas ini pihak istana akan maklumkan.

“Setakat ini tiada maklumat bila (ia akan diadakan). Pastinya bukan hari ini, malam ini pun bukan,” kata sumber berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×