Tengku Adnan kekal Parlimen Putrajaya - Utusan Malaysia

Tengku Adnan kekal Parlimen Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Mei – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila menang majoriti 3,372 undi.

Beliau memperoleh 12,148 manakala dua calon lain iaitu, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat (PKR) mendapat 8,776 undi manakala Zainal Abidin Kidam (Pas) 3,634 undi.

Kemenangan itu sekali gus melenyapkan impian pembangkang terutamanya PKR untuk menawan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.125 Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Termizi mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Kejiranan Presint 9.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Tengku Adnan menewaskan calon PAS, Husam Musa dengan kelebihan 5,541 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×