SUNGAI PETANI 24 Mei – Walaupun tender plat kenderaan terbaharu di negeri ini iaitu KEN hanya akan dibuka pada hujung Mei namun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sudah menerima 2,640 permohonan berkaitan. Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, sasaran bagi plat itu dijangka tinggi berbanding nombor pendaftaran lain kerana terdapat tender yang mencecah nilai RM500,000 bagi sebuah kenderaan termasuk bagi KEN 4 (KENA). “Sebelum ini rekod punggutan tender tertinggi bagi…











