Syed Saddiq mahu jadikan Muar enjin ekonomi Johor utara - Utusan Malaysia

Syed Saddiq mahu jadikan Muar enjin ekonomi Johor utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Muar yang baru dipilih, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap dapat membangunkan kawasan parlimen itu sebagai enjin ekonomi Johor utara selain mahu memastikan Malaysia sekali lagi digelar ‘Harimau Asia’.

Beliau percaya ia dapat dicapai menerusi kerjasama antara beliau dengan pemimpin parti politik berlainan  wakil rakyat dan parti berlainan tanpa mengamalkan politik dendam.

“Rakan-rakan UMNO dan Pas tetap mempunyai peranan di dalam perancangan Muar dan saya berjanji masa depan anda tidak akan malap hanya kerana saya dipilih sebagai rakyat bagi penggal ini,” katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Saddiq memenangi kerusi Parlimen Muar dalam pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, Datuk Razali Ibrahim dan calon Pas, Abdul Aziz Talib.

Beliau meraih 22,341 undi, diikuti Razali 15,388 undi dan Abdul Aziz 4,354 undi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×