KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penangkapan seorang lelaki yang dipercayai mendalangi pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Johor Bahru pada Disember tahun lalu. Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan polis di wilayah Chaiyaphum, Thailand kira-kira 260 kilometer di timur laut Bangkok pada pukul 7 pagi semalam. Katanya, pihaknya akan menghantar sekumpulan anggota polis untuk membawa suspek pulang secepat mungkin. “Saya…










