Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan dari enam syarikat - Utusan Malaysia

Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan dari enam syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM17,841,460.67 pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini.

Enam syarikat berkenaan adalah Kumpulan DRB Hicom Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Plus Malaysia Berhad, Pemerbadanan Menteri Besar, Seriemas Development Sdn. Bhd. dan Sime Darby Property Berhad.

Pada majlis sama, Sultan Sharifuddin yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM2.5 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan milik 17 hospital sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengerusi Sime Darby, Tan Sri Abdul Wahid Omar. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN