KUANTAN 23 Mei – Sepasang suami isteri ditahan di sebuah rumah di Felda Bukit Sagu 2 di sini semalam selepas memperdaya seorang jurujual sehingga mangsa kerugian sebanyak RM3,500 minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek wanita menawarkan bantuan pembebasan sepupu mangsa daripada tuduhan dadah di Mahkamah Kuantan. “Wanita berusia 49 tahun itu memaklumkan kepada mangsa berusia 22 tahun bahawa suaminya seorang anggota polis dan boleh membantu untuk membebaskan sepupunya dengan bayaran sebanyak RM3,500. “Selepas beberapa pertemuan bermula 9 Mac dan terakhir pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya