PUTRAJAYA 23 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara. Jelas beliau, pembubaran agensi-agensi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan kos pentadbiran selain daripada menghentikan pegawai-pegawai kontrak kerajaan yang merupakan lantikan politik. “Kita tumpukan kepada pegawai dan kakitangan yang dilantik secara…










