SINGAPURA – Singapura masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik berkenaan hari ini. “Kami bersetuju untuk meneruskan projek HSR berdasarkan manfaat bersama dan kewajipan yang ditetapkan dalam perjanjian dua hala HSR,” kata jurucakap Kementerian berkenaan dalam jawapan kepada e-mel Bernama. “Kami akan menunggu komunikasi rasmi daripada Malaysia,” kata jurucakap itu. Awal hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,…










