KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang tidak menerima sebarang aduan berkaitan kebersihan atau keracunan makanan akibat juadah yang dijual di bazar Ramadan setakat ini. Pengarahnya, Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan pihaknya di bazar Ramadan seluruh negeri juga mendapati peniaga makanan mematuhi semua aspek kebersihan yang ditetapkan termasuk pemakaian sarung tangan. “Terdapat 140 kakitangan jabatan bertugas untuk memantau kebersihan bazar Ramadan tahun ini yang dilakukan setiap hari termasuk pada cuti…











