KUALA LUMPUR 31 Mei- Polis menafikan dakwaan Datuk Seri Jamal Md. Yunos bahawa siasatan terhadapnya dilakukan atas desakan oleh pihak tertentu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan dijalankan mengikut prosedur ditetapkan dan pihaknya menjalankan tugas berlandaskan undang- undang yang sedia ada. “Kita jalankan siasatan ikut prosedur dan telah beri masa secukupnya untuk beliau kerjasama dengan polis namun sehingga kini tiada elemen positif. “Pihak polis…










