KUALA LUMPUR 28 Mei – Orang ramai berpeluang merasai kemeriahan suasana hari raya bagaikan berada di kampung menerusi kempen Ramadan Raya sehingga 24 Jun ini di pusat beli-belah terkenal Suria KLCC, di sini. Program anjuran Suria KLCC Sdn. Bhd. itu diinspirasikan daripada nostalgia raya di kampung dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti dan persembahan khusus untuk pengunjung sambil menikmati keseronokan membeli-belah. Ini antaranya tarian fiesta, gamelan, silat, tarian cilik, ulasan makanan dan…










