Ryan Reynolds dedah rahsia bahagia - Utusan Malaysia

Ryan Reynolds dedah rahsia bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei- Enam tahun mendirikan rumah tangga, ramai peminat yang tertanya-tanya apakah rahsia kebahagiaan pasangan dua sejoli, Ryan Reynolds dan Blake Lively dalam menjalani kehidupan.

RYAN REYNOLDS dan isterinya, Blake Lively.

Reynolds dalam satu temubual bersama majalah People berkata, mereka sentiasa mencuba untuk tidak menjalani penggambaran dalam pada masa yang sama supaya salah seorang daripada mereka ada bersama anak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mudah, kalau saya ada penggambaran, isteri saya akan duduk di rumah dan bersama keluarga. Begitu juga sebaliknya. Kami tidak mahu kedua-duanya sibuk sehingga mengabaikan keluarga,” katanya.

Tambah pelakon filem adi wira Deadpool itu, mereka juga sentiasa mencuri masa di dalam jadual yang sibuk supaya dapat bersama kedua puteri mereka, James, 3, dan Ines, 1.

“Bagi saya, adalah penting untuk kita sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa. Saya lahir dalam keluarga yang besar, begitu juga Blake jadi kami mahu mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan bahagia untuk anak-anak,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×