COX’S BAZAR 27 Mei – Kira-kira 700,000 etnik Islam Rohingya yang melarikan diri ke tenggara Bangladesh sejak sembilan bulan lalu mendakwa, musim monsun yang semakin hampir memberi ancaman paling serius kepada nyawa mereka sejak diusir secara zalim dari Myanmar. Diuji pula dengan Ramadan, hampir satu juta etnik minoriti Islam itu menghuni daerah Cox’s Bazar namun dengan kedatangan pelarian baharu yang tinggal di bangsal diperbuat daripada buluh dan plastik di kawasan…











