KUALA LUMPUR – Jaguh pecut 110 meter (m) berpagar Asia Tenggara, Rayzam Shah Wan Sofian muncul pemenang pingat emas acara itu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Bagaimanapun, atlet kelahiran Sabah berusia 30 tahun itu yang menyasarkan larian di bawah 14 saat (s) dalam acara akhir tersebut mengakui hampir menarik diri di saat akhir. Rayzam mencatat kepantasan 14.12s untuk menewaskan atlet Kuwait, Al…










