Ramadan mengundang rindu membara air tangan emak waktu berbuka tamban kering goreng berlada bersama nasi beras padi huma hidangan ala kadar sahaja kerana miskin tidak berdaya namun cukup berselera kami sekeluarga Sesekali emak menukar menu kuih tradisi bengkang ubi kayu lempeng tepung serawa labu air serbat selasih teras serdang merah harum selera menjulang sedap rasanya bukan kepalang Ramadan, emak mengajar erti bersyukur rezeki anugerah-Nya sudah diatur berbuka bukan untuk mempamer…










