Rakyat Singapura hilang ketika sertai lumba basikal ditemukan mati - Utusan Malaysia

Rakyat Singapura hilang ketika sertai lumba basikal ditemukan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH 9 Mei – Seorang rakyat Singapura yang hilang ketika menyertai perlumbaan basikal, Perak Century Ride 2018 pada Ahad lalu ditemukan mati, hari ini.

Mayat Abdul Samat Ismail, 56, dijumpai salah seorang rakannya pada pukul 1.50 petang di dalam longkang di Jalan Bemban di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari berkata, mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap bersama basikalnya di tepi Jalan Bemban di sini kira-kira 13 kilometer menuju garisan penamat perlumbaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai mahu membuang air kecil di kawasan tersebut namun terjatuh ke dalam longkang kecil.

“Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui, di di sini hari ini.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×