Rakyat 'penentu' dasar kerajaan yang lebih baik - Utusan Malaysia

Rakyat ‘penentu’ dasar kerajaan yang lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei-Rakyat perlu memastikan dasar dan polisi yang digubal kerajaan seimbang dan baik kepada pelbagai pihak dan negara dengan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, antara perkara yang perlu ditekankan termasuklah kredibiliti pemegang jawatan dalam kementerian atau organisasi diberikan kepada individu tepat bagi melaksanakan portfolio berkaitan.

“Kita mesti memastikan projek dan program yang disusun dilaksanakan secara telus, bebas rasuah dan kronisme. Sekiranya kelihatan tanda yang tidak baik, kita mesti melakukan Amar Makruf Nahi Munkar terhadap kerajaan memerintah dengan memberikan nasihat dan teguran disusuli dengan tindakan lebih tegas jika perlu.

“Ini kerana rakyat mahukan perubahan lebih baik dan mahukan pemimpin berintegriti serta berakhlak; pengurusan ekonomi yang adil dan diberkati; kerjasama semua pihak dalam seruan dan gerakan kebaikan dan kebajikan serta pencegahan salah laku dan jenayah demi melahirkan negara yang mantap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×